Rabu, 12 Disember 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434


Assalammualaikum kepada semua sahabat pelajar yang dirahmati ALLAH sekalian,
Bersyukur kehadrat ilahi kerana memberikan ruang dan peluang,
Untuk kita bertemu sekali lagi di alam maya blog dan juga facebook,
Walaupun pada dasarnya kita saling tidak mengenali,

Tetapi penyatuan ukhwah atas landasan islam dan iman kepada ALLAH,
Membenarkan pertemuan ini terjadi dimana-mana,
Justeru sempena tahun baru hijriyah ini,
Kami kepimpinan Kelab Rakan Muda Masjid,
Mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU"...
Moga dengan kehadirannya,
Memberikan sinar untuk islam terus bertapak di hati kita,
Menterjemahkan ucapan syahadah dalam Amar makruf Nahi mungkar.

Salam Tahun Baru,
Pimpinan Kelab Rakan Muda Masjid,
Sesi Disember 2010

Tiada ulasan: